Friday, December 10, 2010

ALHAMDULILLAH..

Posted by ван нур фархана at 12/10/2010 09:25:00 AM 0 comments
result keluar rini

Sunday, November 28, 2010

today was my convocation day=)

Posted by ван нур фархана at 11/28/2010 10:13:00 PM 1 comments
28nov 2010


Friday, November 19, 2010

sad and cant sleep

Posted by ван нур фархана at 11/19/2010 04:07:00 AM 1 comments
=(

Tuesday, November 16, 2010

al-fatihah

Posted by ван нур фархана at 11/16/2010 10:31:00 PM 1 comments

harap aunty saya kuat dengan berita anak buah beliau

copy from utusan(16nov2010)

pengurus hotel mati dibunuh

SUNGAI PETANI 15 Nov. - Misteri penemuan mayat seorang lelaki di Tasik Beris, Sik dekat sini petang Jumaat lalu terjawab apabila polis hari ini mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa ialah seorang pengurus sumber manusia di sebuah hotel terkemuka di sini iaitu Ahmad Ramzi Zakaria, 42.

Lelaki itu yang berasal dari Bandar Amanjaya di sini dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam tasik.

Adik mangsa, Siti Ramziah, 38, berkata, dia dan ahli keluarganya dimaklumkan mengenai penemuan abangnya itu oleh polis kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

"Kami diminta melakukan pengecaman mayat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan setelah dicam, mayat itu adalah abang saya, Ahmad Ramzi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Siti Ramziah berkata, berdasarkan maklumat polis, abangnya itu dipercayai dibunuh sejak beberapa hari lalu sebelum mayatnya dibuang di dalam Tasik Beris.

Katanya, abangnya yang menyewa rumah seorang diri di Taman Desa Indah di sini, dikesan hilang dari rumah pada 5 November lalu.

"Pada 7 November lalu, kami menerima panggilan daripada majikannya mengatakan dia sudah tidak pergi kerja selama beberapa hari," katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga kemudian keluar mencari Ahmad Ramzi di rumah beberapa kenalannya tetapi gagal.

"Semasa pergi ke rumah sewanya, kami dapati pintu pagar tidak berkunci selain pintu rumah tidak ditutup rapat.

"Jiran-jirannya memberitahu abang saya keluar pada 5 November sekitar pukul 3 hingga 5 pagi," katanya.

Katanya, selepas mengesyaki sesuatu tidak diingini berlaku terhadap Ahmad Ramzi, keluarga itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Siti Ramziah berkata, dia tidak pasti motif kejadian memandangkan abangnya merupakan seorang yang baik hati dan tidak pernah mempunyai musuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Zaidong Mustaffa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 2 petang Jumaat lalu berhampiran jambatan di tebing Tasik Beris.

"Polis belum mengenal pasti motif kejadian dan laporan bedah siasat akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat," katanya.

Zaidong turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik di talian 04-4695222.



Friday, October 29, 2010

~exam pertama selesai

Posted by ван нур фархана at 10/29/2010 12:43:00 PM 1 comments
hurm,baru saja habis exam 43 minit lepas, jadual exam saya 25,26,27 dan 29oct, xpernah berderet macam ni kot sebelum ni, eh penah,time degree, tiga subject straight, tp lain sangat beza kali ni, lain sangat, dulu hanya pikir nak markah lepas sikit dapat A, biar dapat A, A+ lagi la bagus kan, tapi sekarang , hanya pikir nak lebih sikit nak LULUS, saya desperately sangat sangat sangat nak lulus..supaya boleh further sem seterus nya..huhu.. semestinya saya mahu sambung lagi, tu cite2 saya, nak sambung master, tapi susah sungguh, tiada paper yang saya dapat jawab dengan hati senang..

paper first prob and stat theory, memang xboleh buat, time jawab sempat lagi pikir, boleh ke aku sambung belajar next sem, cgpa kena 3, bawah tros dissmissed.. ade juga terpikir, kalau terdissmissed, nak sambung upm since masih valid lagi 1 year tawaran upm, tapi terpikir juga, kalau da dissmissed memang da xmampu nak sambung lagi, kenapa nak sambung belajar tempat lain plak.. macam2 dekat kepala..

paper kedua ketiga ke empat semua sama, xboleh jawab, orang lain pun risau jugak, xboleh jawab dan takut fail, tapi saya risau sampai takut dissmissed, lecturer sangat straight, awal2 pesan ni bukan degree, ni master, dia penting kan quality.. not quantity.. pe dia cakap asek terngiang2 di telinga masa jawab exam.. macam nak je ambik kapas tutup telinga xpun pasang lagu kuat2 bagi tak pikir bukan2 n dengar bukan2, mungkin terlampau pikir jadi macam tu..

sekarang saya dekat faculty lagi,dekat bilik post grad, nak edit resume, nak hantar mane2 tempat, sekolah ke ape ke, saya cuti 2bulan.. beberapa hari ni, time hari2 exam, tiap2 hari saya berjanji nanti time cuti, saya akan gunakan masa saya dengan manfaat.. macam2 saya nak belajar, mahu belajar bercakap, bahasa saya makin trok sekarang, ntah la..sebut bahasa melayu pun tak betul dan guna word yang salah, apa tah lagi guna english, perlu bercakap dengan orang sekitar supaya level of confident saya makin bertambah.. saya juga nak kurus kan badan, berat naik mendadak dan banyak sangat baju tak muat, bila gemuk, semua jadi malas..dan makin slow dalam semua keje, nak berpikir pun lambat..dua tambah tiga pun pikir 5 saat..owh, banyak lagi plan2 saya nak buat cuti ni, cakap pasal bercuti, harap sangat ni just cuti sem, cuti nak tunggu belajar sem seterusnya,.huu..

rindu nak tulis blog dan tibe2 rasa nak tulis ape yang saya mahu cerita..rasa nak cerita dekat mama dengan ayah sangat2,tapi takut,nanti rasa sebak dan tros menangis bila bagi tau tak dapat buat...tapi mama dengan ayah mesti tak kisah sangat, dah berusaha kan, hurm..ok la..sambung nanti...



 
blog design by suckmylolly.com