Friday, December 10, 2010

ALHAMDULILLAH..

Posted by ван нур фархана at 12/10/2010 09:25:00 AM 0 comments
result keluar rini

Sunday, November 28, 2010

today was my convocation day=)

Posted by ван нур фархана at 11/28/2010 10:13:00 PM 1 comments
28nov 2010


Friday, November 19, 2010

sad and cant sleep

Posted by ван нур фархана at 11/19/2010 04:07:00 AM 1 comments
=(

Tuesday, November 16, 2010

al-fatihah

Posted by ван нур фархана at 11/16/2010 10:31:00 PM 1 comments

harap aunty saya kuat dengan berita anak buah beliau

copy from utusan(16nov2010)

pengurus hotel mati dibunuh

SUNGAI PETANI 15 Nov. - Misteri penemuan mayat seorang lelaki di Tasik Beris, Sik dekat sini petang Jumaat lalu terjawab apabila polis hari ini mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa ialah seorang pengurus sumber manusia di sebuah hotel terkemuka di sini iaitu Ahmad Ramzi Zakaria, 42.

Lelaki itu yang berasal dari Bandar Amanjaya di sini dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam tasik.

Adik mangsa, Siti Ramziah, 38, berkata, dia dan ahli keluarganya dimaklumkan mengenai penemuan abangnya itu oleh polis kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

"Kami diminta melakukan pengecaman mayat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan setelah dicam, mayat itu adalah abang saya, Ahmad Ramzi," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini.

Siti Ramziah berkata, berdasarkan maklumat polis, abangnya itu dipercayai dibunuh sejak beberapa hari lalu sebelum mayatnya dibuang di dalam Tasik Beris.

Katanya, abangnya yang menyewa rumah seorang diri di Taman Desa Indah di sini, dikesan hilang dari rumah pada 5 November lalu.

"Pada 7 November lalu, kami menerima panggilan daripada majikannya mengatakan dia sudah tidak pergi kerja selama beberapa hari," katanya.

Menurutnya, dia dan ahli keluarga kemudian keluar mencari Ahmad Ramzi di rumah beberapa kenalannya tetapi gagal.

"Semasa pergi ke rumah sewanya, kami dapati pintu pagar tidak berkunci selain pintu rumah tidak ditutup rapat.

"Jiran-jirannya memberitahu abang saya keluar pada 5 November sekitar pukul 3 hingga 5 pagi," katanya.

Katanya, selepas mengesyaki sesuatu tidak diingini berlaku terhadap Ahmad Ramzi, keluarga itu kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Siti Ramziah berkata, dia tidak pasti motif kejadian memandangkan abangnya merupakan seorang yang baik hati dan tidak pernah mempunyai musuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Zaidong Mustaffa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 2 petang Jumaat lalu berhampiran jambatan di tebing Tasik Beris.

"Polis belum mengenal pasti motif kejadian dan laporan bedah siasat akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat," katanya.

Zaidong turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik di talian 04-4695222.



Friday, October 29, 2010

~exam pertama selesai

Posted by ван нур фархана at 10/29/2010 12:43:00 PM 1 comments
hurm,baru saja habis exam 43 minit lepas, jadual exam saya 25,26,27 dan 29oct, xpernah berderet macam ni kot sebelum ni, eh penah,time degree, tiga subject straight, tp lain sangat beza kali ni, lain sangat, dulu hanya pikir nak markah lepas sikit dapat A, biar dapat A, A+ lagi la bagus kan, tapi sekarang , hanya pikir nak lebih sikit nak LULUS, saya desperately sangat sangat sangat nak lulus..supaya boleh further sem seterus nya..huhu.. semestinya saya mahu sambung lagi, tu cite2 saya, nak sambung master, tapi susah sungguh, tiada paper yang saya dapat jawab dengan hati senang..

paper first prob and stat theory, memang xboleh buat, time jawab sempat lagi pikir, boleh ke aku sambung belajar next sem, cgpa kena 3, bawah tros dissmissed.. ade juga terpikir, kalau terdissmissed, nak sambung upm since masih valid lagi 1 year tawaran upm, tapi terpikir juga, kalau da dissmissed memang da xmampu nak sambung lagi, kenapa nak sambung belajar tempat lain plak.. macam2 dekat kepala..

paper kedua ketiga ke empat semua sama, xboleh jawab, orang lain pun risau jugak, xboleh jawab dan takut fail, tapi saya risau sampai takut dissmissed, lecturer sangat straight, awal2 pesan ni bukan degree, ni master, dia penting kan quality.. not quantity.. pe dia cakap asek terngiang2 di telinga masa jawab exam.. macam nak je ambik kapas tutup telinga xpun pasang lagu kuat2 bagi tak pikir bukan2 n dengar bukan2, mungkin terlampau pikir jadi macam tu..

sekarang saya dekat faculty lagi,dekat bilik post grad, nak edit resume, nak hantar mane2 tempat, sekolah ke ape ke, saya cuti 2bulan.. beberapa hari ni, time hari2 exam, tiap2 hari saya berjanji nanti time cuti, saya akan gunakan masa saya dengan manfaat.. macam2 saya nak belajar, mahu belajar bercakap, bahasa saya makin trok sekarang, ntah la..sebut bahasa melayu pun tak betul dan guna word yang salah, apa tah lagi guna english, perlu bercakap dengan orang sekitar supaya level of confident saya makin bertambah.. saya juga nak kurus kan badan, berat naik mendadak dan banyak sangat baju tak muat, bila gemuk, semua jadi malas..dan makin slow dalam semua keje, nak berpikir pun lambat..dua tambah tiga pun pikir 5 saat..owh, banyak lagi plan2 saya nak buat cuti ni, cakap pasal bercuti, harap sangat ni just cuti sem, cuti nak tunggu belajar sem seterusnya,.huu..

rindu nak tulis blog dan tibe2 rasa nak tulis ape yang saya mahu cerita..rasa nak cerita dekat mama dengan ayah sangat2,tapi takut,nanti rasa sebak dan tros menangis bila bagi tau tak dapat buat...tapi mama dengan ayah mesti tak kisah sangat, dah berusaha kan, hurm..ok la..sambung nanti...



Wednesday, October 13, 2010

sedih

Posted by ван нур фархана at 10/13/2010 04:36:00 PM 1 comments
sangat sanagt sedih hari ini..hurm

Friday, October 8, 2010

8/10/2010

Posted by ван нур фархана at 10/08/2010 02:31:00 AM 2 comments
sekarang kul 3.02am...da lewat,tapi tibe2 trasa nak tulis blog, hurm,.hari2 ku sekarang sgt busy,minggu lepas xblk rumah,n minggu ni pun xbalik rumah,keje banyak sangat,dgn case study byk xsiap..sape kate belajar senang?waaaaaaaa....terasa semakin susah n susah lagi2 hari exam makin tiba..jadual da dapat,exam ku mula 25 oct,dan kemudian 26,27 n last 29..memang 4 paper jer ambik..tapi ya Allah,rasa banyak sgt,time degree dulu 6 @ 7 subject xrasa penat mcm sekarang..sudah berapa hari rasa nak je tulis dekat blog,at least hilang tension dengan bercerita..tapi xsempat..xpun xdapat internet,xpun internet slow sgt..hurm..ahad ni kelas pagi,petang plak ade test..then isnin kena present,owh,nasib ku kena present,sebab cabut undi,huhuhu. ...

hurm,xkira hari rabu mahu pulang ke rumah,rindu afiq dan zahra ...rindu sangat... ok,nak masuk tido da,nak tido dengan tenang sikit malam ni,semalam tido xtenang, risau macam ne exam,takut result bwah tiga...saya xmahu dismissed,saya mahu belajar lagi sem depan,banyak ilmu nak pelajari lagi...walaupun asek mengeluh sebab belajar,tapi ku mahu belajar lagi...ku tidak expect pointer tinggi seperti belajar dulu2 nak dpt dekan semua tu, sekarang saya hanya mahu lepas untuk belajar lagi sem depan dan sem depan lagi..kadang2 bersemangat bila teringat lecturer cakap "tidak semestinya kamu ambik master dan kamu akan dapat master,ramai yang belajar ramai je yang xgrad"n memang betul kata lecturer tu,senior pun ckp mcm tu, so semangat untuk berusaha membuak2,tapi kadang2 rasa sedih,takut...takut xterbawa..kan lebih baik kalau fail boleh repeat even cgpa bawah 3..at least bagi peluang kali kedua..xda la kalau cgpa bawah 3 kena dismissed kalau major subject dapat pointer bawah 3...owh..doa kan saya berjaya...xmau risau2 da..da citer,sekarang mahu tido..nite2...

Friday, September 24, 2010

~sudah 24 september rupanya..

Posted by ван нур фархана at 9/24/2010 07:13:00 PM 0 comments
sudah lame kottttt xtulis entry...da berapa belas syawal dah ni,tp xpe la,nak wish juga ,selamat hari raya maaf zahir batin=)

tringin nak update blog,tu update juga rini,even ku sorang je pembaca nye,skrg pun da lupa ape ku buat minggu lepas n minggu2 lepas2,huhu...memang short term memory tul ah..nanti bila da tua,kalau umur panjang,boleh tau ape ku buat hari ini bila baca nanti2 kan,tapi sekarang xsempat nak citer banyak,banyak keje...huhuh...banyak case study ku kena buat,da la buat terkedek2..

sekarang dekat rumah, balik sebab nak teman maktok semalam(23september),maktok buat laser mata..dekat hospital mata tun hussein onn(mungkin da slh spelling,uhuh)..pergi pagi balik rumah smpi before maghrib,pergi hospital dengan abang,zahra,maktok n sorang aunty,pergi sane bawa buku bukan main banyak,sebenarnya nak bawa satu buku jer,macam mana ntah abang terbawa bag buku2 ku..so bawa semua la nak cakap tingal kan mcam xsampai ati,da bawa kan,ahhaa..macam serious rajin kot,pergi hospital tunggu nenek siap bawa semua buku tapi just tengok xsmpi satu page,page depan je,bukan depan belakang..

malam tu plak xlarat da nak study,just cari bahan untuk projek,n pagi ni xteman kan maktok,maktok kena jumpa doc sehari selepas mata kena laser,ku suruh kakak ku yang dapat mc teman kan(terpelecok kaki pun dpt mc 2 hari lagi owh),sebab xlarat da,semalam tido lambat,cari bahan tapi tak habis pun pencarian tu,maktok plak malam semalam sakit perut,cirit birit,perut orang tua kan..makan salah sikit xboleh,sensitive,kecian maktok,lepas cari kan ubat lebih kurang 2 pagi maktok tido okay sikit,xda terjaga ke toilet..

harap mata maktok ok la,baru buat sebelah,belah kanan,maktok da la xleh duk diam,ade je keje dia nak buat,xbuat keje da nak rasa demam...huhuhu...

ok la,nak stop sekarang,nak kena mandi2,solat maghrib semua..esok ade kelas pagi2,orang lain weekend cuti,tapi ku kena pulang ke shah alam...ja nee..

Saturday, July 31, 2010

~petang 31july2010

Posted by ван нур фархана at 7/31/2010 03:06:00 PM 0 comments
td kelas ,mama n ayah hantar dalam 7.45am, sepatutnya mereka boleh berehat2,sebab weekend kan,tapi demi anak sanggup aja mereka hantar,huhu..sampai kelas tepat 8.30 gitu,sebelum ke kelas,hantar barang2 ke rumah sewa, setiap kali datang ke shah alam,memang byk brg bawa,sebab balik rumah pun bawa macam2,baju busuk semua,heeeeee..bila balik rumah,memang rasa sangat bahagia,tapi this time,ade conflict dengan orang yang saya sangat rapat,bukan mama,bukan baba,bukan juga adik bradik ataupun anak2 buah,ehehehe..xkan conflict dgn afiq n zahra kot kan,tapi ni dengan orang yang ku sangat sayang juga=( sedih sedih sedih..

tido semalam kul 3 lebih, kul 4 lebih terjaga lagi,tengok hp,tapi xda ape2 yang baru=( ..semestinya tiada kalau da berkeputusan macam tu,sedih nya hati..bila jadi macam ni, hati pun xsenang nak buat ape2 pun,xsenang nak belajar juga, tp alhamdulillah tadi kelas dpt focus, tu pun lepas dengar cerita lecturer, kalau x,kelas cancel, sebab lecturer ade hal,nak jaga suaminya dekat hospital sakit,dah la anak beliau nak fly abroad, so sangat2 busy dengan suami yang sakit,nak urus kan anak lagi, tapi dia datang juga ke kelas ajar kami semua,terharu sungguh, tu buat ku rasa semangat nak belajar,sebab dia sanggup spend mase nya.. tros ku rasa trok, sebab kalau kelas cancel je,mcm dalam hati jerit hooorayyyyyyy..huhu..

hurm, senarnya hati memang sedih,waaaaaaaaa..try to look happy, senyum tersenggih2 macam kerang busuk, argh..sedihnya ..rasa xsempurna je hidup 2 hari ni..lepas ni macam mane ntah.. dengan assignment tunggang langgang,da la banyak,tadi time kelas agak kalut,tibe2 lecturer suh hantar benda...em,tambah sedih lagi,bila perlukan org tolong,tapi xda sape nak tolong,so kesimpulan nya jangan tolong org,huhu..eh2,tak2,kt tlg jangan harap kan pembalasan,perlu ikhlas..

ok,perlu ke faculty,ade keje,chayok2 ana -chan(perasan comel utk mengembirakan hati)

~hati berduka

Posted by ван нур фархана at 7/31/2010 12:13:00 AM 0 comments
kuat kan diri farhana,chayok2..lepas ni blog ni jadi mangsa ari2.hhuuhu..

Monday, July 26, 2010

~i love u=)

Posted by ван нур фархана at 7/26/2010 12:26:00 AM 0 comments
hari-hari ini saya rasa sangat bahagia, bisa buat ku tersenyum, jumpa orang2 yang saya sayang=)
orang2 yang saya sayang, nak saja tengok muka mereka sentiasa, rindu terasa bila kembali ke shah alam(mcm jauh jer dgn umah,hehe),di sini tak da orang masak makanan kegemaran ku, tak boleh kaco mama dengan ayah time mereka tido untuk kejut mereka subuh kul 2pagi, tak boleh buat afiq geram bila cium dia berkali2 sampai dia lemas, tak ada orang nak buatkan susu sejuk untuk ku time nak study, tak dapat tenung org yang saya sayang, tak dapat nak usik2 cubit2 sakat2 orang yang saya sayang, nak bersama orang saya sayang sentiasa.. huuuuuu

ohh..saya harus belajar bersungguh-sungguh kat sini, kutip ilmu sebanyak boleh, ilmu xda penghujungnya..saya juga perlu belajar berdikari, perlu belajar lupakan perasaan nak balik rumah sentiasa itu,perlu belajar membahagikan masa,xjuga lupa belajar memasak,hehee..masak maggie jer,kalau la ade peti ais,mesti boleh masak macam2(alasan sungguh)hehe.

owh,perlu tros kan buat assignment..

sambil repeat dengar lagu wali,nice juga lagu ni=)

Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah



Saturday, July 24, 2010

~suka dengar lagu ni>Menanti Di Barzakh

Posted by ван нур фархана at 7/24/2010 02:07:00 PM 0 comments
Menanti Di Barzakh
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata

Perjalanan rohku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh
Sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah
Penantianku

Terbangkitnya aku
Dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka yang ku tinggalkan

Kehidupan di sini
Bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian 2x

Kembali oh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang
Membaluti tubuhku
Terkujur dan kaku
Jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh
Jasad dikebumikan X2



~24july2010

Posted by ван нур фархана at 7/24/2010 01:03:00 PM 0 comments


~
sekarang ku berada di rumah sewa,plan nak balik rumah lepas kelas,tapi xjadi,di sebab kan tak lain xbukan kerana ASSIGNMENTssss,hehehe..ok,kerana saya seorg pelajar,saya perlu menyukai n jatuh cinta pada assignment,dan paling penting kata salah seorang lecturer ku, ku perlu ENGAGED TO DATA=) baru la kita paham n senang nak analysis data sebab kita kenal data tu..

sekarang tengah berehat2 selepas kelas 3jam tadi, agak je
les dgn housemate ku sebab dia balik kampung,rasa nak balik juga,padahal pagi tadi pergi ke
las dtg dari rumah,huhu..bila kawan nak bertolak rasa sayu jer,owh memang mengada2 diriku ni,da umo 22tahun da,time blaja degree dulu xmacam ni pun,asek nak balik rumah jer,huhu..

selepas kelas hari rabu lpas tros balik rumah,sampai rumah dalam 1130malam,agak letih tapi sanggup letih setiap minggu,asalkan dapat balik rumah,seperti biasa,duk rumah memang xsempat buat assignment yang di rancangkan nak buat kat rumah,sebab buat assignment lain yang baru tahu semalam kena buat n kelas tu hari ini(tadi)..so ku buat juga la,tapi xhabis,sek bek xkena hantar tadi, kena hantar nanti..tapi semalam buat memang dalam keadaan tertekan,sebab bahan2 rujukan semua dekat shah alam, bawa buku lain..

hari khamis,saya bersama keah adikku yang sedang cuti matrik keluar ke masjid jamek,jalan TAR,beli alat tulis, selendang baru dan lain-lain,heeeeee..pastu malam keluar ke wangsa walk,bawa afiq keluar,bawah ni picture2 saya bersama afiq,kekasih ati yang wat saya nak balik tiap2 minggu=)



cik na n afiq sebelum bersiap2 nak ke wangsa walk


afiq da mengantuk,selalu tido awal,tapi cik na balik jadual tido afiq da berubah=)




baju tido baru afiq



gambar afiq lepas da sampai wangsa walk xda pada ku,tapi dia sangat seronok kot,berjalan sana sini,lagi2 time pergi fitting room,dia pun masuk juga fitting room yg kosong,dia main2,ehehe..this time gambar zahra xda,sebab dia balik rumah dia,owh,sekarang terasa rindu pada mereka berdua,gelagat mereka,so sweet..

selepas balik dari wangsa walk,malam tu tros cari buku,note yang xjumpa,memang xjumpa,ku da putus asa untuk mencari,da cari satu rumah,satu RUMAH,cari dengan mata yang berair,sedih,sedih sebab bukan sehari dua cari,banyak kali cari,sebelum start belajar da cari juga,minggu lepas da cari juga,tapi masih xjumpa,subject tu agak tough,sbab da putus asa,ku msg kawan ku,minta dia pos kan note dia,nanti nak kena salin semua balik,rindu note sendiri,ntah mane dia berada..hari jumaat xpergi mana2,bangun pagi ku lelah,sebab mungkin malam tu main habuk kan,sampai kul bape cari note,ptg n mlm wat assignmnt dan kemas2 barang untuk pulang ke shah alam..

em,kena stop menulis sekarang,kena kemas barang2 baju2 semua,heeee..ja ne

Friday, July 23, 2010

~sedih

Posted by ван нур фархана at 7/23/2010 02:22:00 AM 2 comments
sangat sedih ketika ini,hurm,rasa nak jatuh je air mate,kena kuat,bertahan farhana,u can do it..chayokkkkkkkkkkkkkkkk

Wednesday, July 21, 2010

~assignments dan perasaan

Posted by ван нур фархана at 7/21/2010 01:24:00 PM 0 comments
heeeeeee....sebenarnya mula2 sebelum start kelas, ingat nak tulis dekat blog setiap hari =) xpun 3kali seminggu ker, nanti bila tua, tidak ada keje,boleh tengok baca2 balik apa ku buat masa muda mudi dulu sambil tersenyum ke ape ker,tu pun kalau hidup panjang la an an.. owh,sebenarnya ni tengah wat assignment untuk subject hari ini,tapi hantar minggu depan,latihan yg kena siap kan untuk subject hari ini iaitu malam sakgi xbuat lagi..semalam tido sangat lewat sebab buat assignmnt sabtu lepas kena hantar sabtu nanti..pastu assignmt yang hari tu da hantar isnin dapat baru lagi,n banyak kot..kena paham lagi,mehmehmehmeh(cara afiq ckp),hehe..

owh,n sebenarnya ni rehat sekejap sambil tunggu my housemates masak nasi goreng,sejak duk umah ni xpernah masak selen tolong masak maggie,hehee...sebab sebab selalu sangat balik rumah,xpun beli lauk luar,last time cakap xnak balik 3bulan,tp xberjaya,n sabtu lepas bila dtg shah alam kate xnak balik sebulan,tapi tapi rasa sangat xboleh,tu ah saya kena siap kan assignment2 yang byk tu cepat2,kena siap yang mane sempat,sebab sebab xkan siap juga semuanya sebelum balik..malam ni nak balik juga, walaupun saya tahu balik rumah pun assignment nak hntr hari isnin nanti xkan sempat siap kat rumah,ape ntah lagi wat revision, sejak kelas da start 3 minggu lepas,xsempat buat revision, sempat wat assignment jer,banyak sungguh,huuuu...

owh,ok,hati perasaan rasa mcam berbunga2 sebab nak balik rumah,nak jumpa org2 tersayang,owh afiq n zahra,rindu mereka,kalau ah dorg leh teman saya di shah alam,mesti xbalik rumah pun xpa ah..rindu afiq kejut saya tido,rindu wat afiq nangis,rindu wat zahra geram,rindu nyaaaaaa...cuma xrindu bila saya sorg2 dekat rumah tibe2 dorg berak dan kena basuh kan,ok,kena sambung wat assignmnt sambil tunggu nasi goreng masak,wat assignmnt dgn senyuman xsabar pulang ke rumah=)

Monday, July 19, 2010

~19 july 2010 la..

Posted by ван нур фархана at 7/19/2010 01:45:00 AM 0 comments
sudah 2minggu kelas ku, sekarang terasa sangat susah,tapi xboleh stop tengah jalan,kena tros kan,harap tiada yang tersangkut,walaupun baru 2minggu,sudah trasa macam2,dengan nota2 hilang,xtahu kat mane letak, dengan note dulu2 pinjam kan kat kawan,kawan tu pun xtau letak mana,kurang bahan rujukan ku,huhu...Ya Allah,kuat kan diri ku..kena sambung siapkan sedikit dari assignmnt..chayok2


Friday, June 25, 2010

25june2010

Posted by ван нур фархана at 6/25/2010 11:48:00 AM 1 comments
result permohonan master upm keluar hari ni,tapi buka2 still in process,huuuuuuu.
hati ku berat pda uitm,sebAb kalau uitm,kurang sikit balik rumah nak compare upm,hari2 sure ade kat rumah,bukan xsuke duk rumah,mesti la suke,impian ku nak blaja dekat u duk umah,kalau kat rumah sure senang nak makan,senang mcm2,tapi susah nak baca buku,tambahan pula,cuti brape bulan ni,saya sudah obes,obestiti,huuuuuu..nek dlm 9kg kot,argh..so memang xboleh duk umah,mama masak simple2 pun da mcm ni,kalau masak yg lebih menawan lagi xtau la.


sebelum ni nak upm sebab pertama) yuran lebih murah, kedua) kelas weekend jer,so isnin-jumaat boleh la cari keje pape bg menanpung kehidupan ku,ketiga)master upm setaun jer..

reason utk pilih uitm sebab pertama)da ade rumah sewa,xda reason len da..huhu..tapi kalau duduk uitm,leh la berdiet jugak,sebab mesti nak makan pun budget2,hehe..

owh,botol susu afiq hilang puas mencari,kena tros kan pencarian...lepas tu pk betul2 nak upm or uitm,tu pun kalau dpt upm,heeeeeeee..alangkah senang kalau tau awal2 xdpt upm or dpt,huuuuuuuu...pape pun uitm kena bayar yuran rini before bank tutup,so kena decide semua nya petang ini..

Thursday, June 3, 2010

~happy birthday to me

Posted by ван нур фархана at 6/03/2010 05:56:00 PM 0 comments

=) sudah ages tidak tulis blog..heeeeee..skrg sudah habis practical,sudah habis buat report,sudah habis present..

lepas jer hantar report 13may ritu tros suh mama beli ticket ke perlis=),seminggu dekat sana,balik 20may,21 may tros pg training sbb jd enumerator selama 3 hari,mmg sgt best,sbb pergi dgn 2 org kawan rapat,umiko n nirako,heeeeee..pastu dpt sebilik dgn umi plak,mmg sgt best,heee..sebab nira leh lepak2 bilik kitaorang,im sure nanti da tua akan tringat kenangan bersama umi n nirako,hehee..kerje kami byk lagi makan rasanya, walaupun limited time je time mkn,kami memgunakan nye dengan sebaik mungkin=)


training dekat quality hotel,dekat dengan sogo,ingt nak pergi sogo,tp xsempat pergi,sbb pk nak makan ker nak shopping,shopping pun xda duit,heeeeeeee..so kitaorg spend mase banyak dengan makan makan makan,heeeeeeeee..opppssssss,baru prasan,gambar nirako xda..huuu..

minggu lepas pergi pahang balik hari,kenduri mama nye abang nye isteri nya abang nya anak..haaaaa...kenduri dekat felda lepar 2, sangat la jauh,sesat lagi,sbb hanya ade sawit2,tp best jugak dpt tgk kehijauan,memang bagus untuk mata ku kalau tinggal situ,tapi mmg sy xdpt tinggal situ,sbb jauh sgt dr bandar,setiap kali nak keluar,kena lalu ladang sawit yg panjang dulu..waaaaaaaaaaaaaa...

sabtu ni nak pergi terenganu,balik ahad,n minggu depan nak pergi bercuti dekat PD,yeay..sangat sronok,malas nak pk pasal nak sambung master tu, nak pg interview orang pun agak malas,nak rehat rasa..wlpun da cukup tido..berat ku pun da semakin bertambah,haih...

ok,sakgi malam nak dinner luar,tp xtau nak makan mane,huhu.tringin makan sizzling n chicken chop,haih..kalau tnya ape lg nak mkn,mmg berderet2 la,nak cheezy wedges,nak mkn burger cendawan burger king,tringin makan cantonese yee mee dkt k4,tringin nak mkn beef ginger mee nyum2,sedap nya...

huuuuuuuuu............

ok,nak stop da,dalam ingatan pk xsabar nak jumpa AFIQ je,asek2 tgk video dia jalan terkedek2,sangat kawaii...nanti nak celebrate besday dengan afiq sama2..afiq da setaun cik na da 22taun,tua nyaaaaaaaaa..

Tuesday, March 16, 2010

~16march

Posted by ван нур фархана at 3/16/2010 10:34:00 PM 0 comments
second last nye entry mmg mngarut,hhuhu..sudah lame xtulis kat blog..tulis plak time sgt xkena,ni pun same..nak tido..byeeee

Monday, March 15, 2010

~braces o braces

Posted by ван нур фархана at 3/15/2010 12:08:00 AM 0 comments
nak buat braces..sape nak belanja??

Sunday, March 14, 2010

~asasi,diploma,matrik...

Posted by ван нур фархана at 3/14/2010 11:18:00 PM 0 comments
da lame xtulis entry,ni tibe2 mahu tulis,esok kena pg keje,huhu..xiron bj lg,adeh..
weekend ni pg shah alam,ikut kawan keah nya family pegi selangah ke uitm, xsilap la,xpun lbh kurang la selangkah uitm,mcm edu fair,tp untuk uitm,ade booth2 ikut2 faculty..n kolej yg bersekutu dgn uitm..lepas hbs tu,singgah rumah kwn n tido sane,sgt njoy weekend ni,xrs kelaparan lgsg selama duk sane,mesti brt makin nek,huhu..


minggu lepas,keah br je dpt result spm,result nya same mcm sy,ingt akan dpt better dr sy,tp xper,ape yg kt dpt,kena bersyukur,lgpun,keah malas study kan kan??hehee..time keah nak exam byk tido kan,mane xtumpah lauk kalau xke nasi,btl ker peribahasa tu..mcm kakak mcm adik la,byk sgt tido,kena ubah ni,hobby tido,kena tukar ke hobby yg lbh berfaedah...xper,usaha lg bila smbung lg belajar..teringat,mase intersesi exam dulu,nak exam information system,n esok lg tu c++,tp masih berjalan2 kat k4 n siap pg pilih cushion cover untk rumah lg..esok nak final br blk kolej dgn tiada lgsg ilmu di kepala..ambik mudah sgt...sepatut nya xbegitu..sesal kemudian x berguna, jgn diulang lg..

trasa sgt merepek mlm ni,mgkin da sgt mengantuk..ok,pasal tjk entry,ape yg dpt sy simpul kan,kalau nak ambik engineerg better smbg asasi kejutraan xpun matrik,jimat setaun owh,kalau dip 3 thn,degree 3 thn,jadi 6 thn semuanya..kalau asasi or matrik,hbs degree br 5thun,kan jimat..lecturr kat booth tu la ckp,bila pg faculty math n sc,tnya2,dia kate,better ambik diploma,br degree,kalau matrik blaja byk,pastu smbg degree nanti kena cover sume kat thn pertama,br campur dgn pelajar diploma..so mcm payah sikit la,hehe..pg booth faculty math n sc saje je bw keah pg tmpt actuary,slh satu course idaman sy ialah actuary,time isi ipta dulu,aunty yg ambik actuary kat us suh ambik stat,dia kate xpyh la actuary,n kwn sy nye mak smbg stat kat NZ,so mcm terminat jugak dkt stat...lecturer kat matrik suh ambik actuary sbb dia ambik actuary dulu,so time isi ipta,memang isi stat pertama kedua actuary,ulang2 course,byk isi uitm sbb murah,n course 3thn sahaja,ehhee..murah menjadi keutamaan ku,sbb xnak susah kan parents..hehe..

sedih sbb xdpt actuary mula2,lgpun da isi pertama stat kan kan,n suke plak skrg sbb actuary mcm byk membaca jugak,pasal insuran,kalau bc2 ni,da mcm course titas n falsafah,kalau membaca nye subject of coz dpt b-,tp sgt tersenyum ctu sem lepas dpt A owh,xpernah dlm sejarah dpt A utk subject membaca,wlpun sem lepas pointer agak jth,byk jth kot,smpi je kat airport macao,dpt msg result,sedih mahu berguguran air mata,tp redha,sem ni mmg byk main,tp sem2 b4 ni pun,tp sem lepas subject pun susah2 jugak,ok la,hehee..da lepas pun,tp ctu A,happy jugak la,ehhee..at least dpt A..xpernah expect nak dpt A ctu tau..bangga2..

ok,esok nak call kp nak tnya pasal master nya permohonan da buka ke blom,sbb ritu tnya mcm da buka je,mahu smbg master,ilmu di dada mcm sikit sgt dan xbersedia mahu keje,rs mcm umo 22 thn ni muda lg,padahal da tua.tapi mcm da lupa ape yg dah blaja,haih..em,sy da menasihati keah,kalau nak smbg stat ke actuary ke,sila la ambik diploma,at least dip 3 thn,degree 2 thn,so 5thn dia blja course tu,mcm ade 2 course ni je ade,hahaha..keah da tersempit dgn course yg kakak dia suke,mcm sy 3thn saja blaja stat,kalau cmpur master,br 4.5tahun je blaja stat..huhu...nak compare ilmu sy dgn plaja dip mmg beza kot,dgn statistical software,plajar dip click2 jer,sy termenung2 nak click mane,hehehe...tp math kat matrik mmg susah owh..mencabar.hehee...rindu matrik..rindu air soya bape posen tu,kat matrik balik rumah maktok tiap minggu,mcm duk shah alam xblh blk tiap minggu jer,hehee..da,nak stop,makin mengarut n tulis ntah ape2..sakgi tido mimpi kat matrik plak..ja ne..








Thursday, March 4, 2010

~dia takdirmu di syurga

Posted by ван нур фархана at 3/04/2010 12:55:00 AM 0 comments
Dia Takdirmu Di Syurga
www.iluvislam.com
Oleh:Rezza Khanafiah
mawaryangtinggi



HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga.Tabi-‘e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-‘at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah...” rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: “...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)” an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...” an-Nisaa’ (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?



SELEPAS KAHWIN

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia. Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

Tuesday, January 26, 2010

~EVA o EVA

Posted by ван нур фархана at 1/26/2010 08:42:00 PM 0 comments
da lame xtulis kat blog,sejak practical start...
tp trasa mahu tulis tiba2..
bukan nak cakap pasal EVA,n xtau pun nak ckp pasal ape actually..
just mahu mentype,type pe yg trase mahu di type..

saya sgt xsabar mahu hari jumaat..
sbb ari jumaat ari trakhir minggu ini pg office n ari sabtu nak pg tganu..
serious xSABAR,mahu ketemu dgn afiq..
tapi terlupa sangat2 ari jumaat kena hntar draft chapter 1 for university projek..
n stakat ini mcm byk xsiap..
sbb hari2 wat EVA..
ade mase lebih mesti counting mase tunggu pukul 5 untuk pulang ke rumah..
esok plak mak tok n uncle n aunty dtg rumah,kazen lelaki sy umo 21 tahun ini akad nikahnya ari jumaat..
happy untuk dia,tapi xdpt pg majlis itu sbb time pagi..tp xpe,xda sy,still berjalan,cuma kurang makhluk comel,hehe..

sy akan tulis blog lagi kat tganu insyallah,dgn picture2 afiq latest akan ku masuk kan..
sudah mahu berhenti menulis..ja ne




Saturday, January 2, 2010

~tidak sihat lagi

Posted by ван нур фархана at 1/02/2010 12:35:00 PM 0 comments
waaaaaa..masih tidak sembuh lagi batuk2 ku yg dasyhat n sesema ku,waaaaaaaa...perlu ke practical dengan keadaan yang bagus...perlu juga menjaga penampilan kuk,xboleh macam pergi kelas,kelas memang selekeh kot,hahaa..kalau selekeh2 mesti mama gan ayah marah..kalau kat mawar dulu,baju every 2 week mesti ade je baju ulang sama,xpun everyweek pakai je baju same,hahaa...pastu xiron,pakai mane sempat,tapi sem ni,practical,perlu ubah sikit,akan ke tmpat keje macam siap pergi kenduri??

sem ni best,sebab duk umah,hehe..suke2,benda yang paling di idam kan,duk umah,kalau duk shah alam,setiap minggu balik,sangat penat,tp tetap sangggup,setiap hujung minggu balik rumah macam pindah bilik jer,harap pergi ke pnb xbawa barang sgt,ade ke ku pk na bawa selipar extra la,bantal alas kerusi la,haha...mesti ah kerusi bukan kerusi plastik lagi kan??haih2...

Friday, January 1, 2010

~nurul nak balik malaysia??

Posted by ван нур фархана at 1/01/2010 06:36:00 PM 1 comments
***

serious???nak abaya

~bestnya

Posted by ван нур фархана at 1/01/2010 05:43:00 PM 0 comments
ayah kate,he will give reward if keah xkeje,sebab dia duk sibuk2 nak keja sana la sini la, ayah suh keah belajar english,tulis cakap tulis everyday n tau kenapa mcm ni macam tu...sebab keah ada kat tganu rumah kakyu,so ayah nya prancangan nak hantar keah british council pas keah spm xjadi..snanye ayah nak hantar saya and keah,tapi mana sempat..seminggu untuk ke kelas english tu pun xsmpat,sebab ada kat rumah macam sangat sikit cuti sem ni,minggu depan atau lebih tepat lagi,next monday bersamaan dengan 4january sudah start practical..sangat xready,tidak tahu nak bersedia ape..xda pengalaman bekerja,cuma pernah join jadi numerator untuk projek UNDP gan JPW..

cakap pasal keah balik,ayah suh dia hantar pe dia tulis dalam english kat emel ayah,ayah akan check,hurm,apa di fikiran saya, best nya keah ayah akan check sebab tahu ayah busy,dulu suh jugak ayah check bel,tapi second presentation for bel xsuh ayah check sangat,sebab jarang balik rumah n kalau balik rumah pun,xwat keje sebab asik jalan,banyak betul sebab saya hari ini,hehe,n saya juga suka ayah check guna hardcopy dari emel2 ni..

pasal keah balik,dia nya english dah la lagi bagus dari saya, english saya boleh di kata kan trok,belajar dari kecik tapi ntah ah,tapi saya memang mumpunyai masalah xkisah bahasa apa pun,time FORM5 penah dapat bahasa melayu fail,sangat memalu kan,masuk kelas pertama,penuh dengan chinese,tapi org melayu jugak yang fail,agak memalukan..sangat kecian dengan saya,salah saya juga,xsuke baca buku,buku baca banyak time kecik2 tu pun baca buku fairytale yang ayah beli time kecik2,sebab cantik n hard cover buku tu..keah balik,keah juga lagi berani dari saya,n her level of confidence sangat tinggi,keah juga lebih matang,huhu...berbeza sangat wan nur farhana dengan wan nur zakirah...

tringat pasal adik kawan,kawan pernah tulis semalam,xrugi selalu baca kamus oxford,akhirnya ke situ juga,trasa best untuk adik dia yang dapat belajar di oxford university,antara university yang bagus kat dunia ni..saya xdapat belajar luar negara,so bergembira la untuk orang lain,huhu...tringin nak belajar luar snanye,tapi malas belajar,huhu..salah diri sendiri jugak...

nak tulis entry ni pasal benda lain,tapi laen yang tulis nya,huhu..n sangat ganjil tulis entry ari ini,nak guna kita instead of saya lagi ah ganjil

 
blog design by suckmylolly.com